THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Lawatan Ke Multimedia Super Corridor

Lawatan ke Multimedia Super Corridor Innovation Centre merupakan suatu pengalaman baru dan menyeronokkan bagi setiap ahli rombongan terutamanya para pelajar. Pada jam 3.00 petang kami tiba ke destinasi.

Rombongan telah dibawa ke studio maya mereka. Setelah mendengar taklimat ringkas oleh Puan Aishah, kami telah menyaksikan pembikinan filem Saladin yang merupakan hasil animasi 3D oleh rakyat Malaysia sendiri. Tayangan tersebut telah memberi inspirasi baru kepada para pelajar bahawa rakyat Malaysia sendiri mampu menghasilkan animasi 3D sendiri, buktinya Upin dan Ipin yang baru sahaja ditayangkan di pawagam baru-baru ini.

Walaupun sesi lawatan ke MSC Innovation Centre ini agak ringkas namun cukup bermakna kepada setiap ahli rombongan.

0 comments:

Followers