THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Lawatan Ke Sekolah Sultan Alam Shah

Sekolah Sultan Alam Shah merupakan destinasi pertama lawatan kami sejurus selepas kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 Februari 2009. Rombongan lawatan kami tiba di sana sekitar jam 9.45 pagi.


Kami telah disambut oleh pegawai perhubungan Sekolah Sultan Alam Shah di Foyer Sekolah Sultan Alam Shah. Sebelum bergerak ke Dewan Putra Perdana, kami dibawa ke Pusat Sumber dan Pusat Akses Sekolah. Prasrana di pusat sumber sekolah sangat mengagumkan kerana ICT diaplikasikan secara menyeluruh menerusi penggunaan komputer dan kemudahan internet turut diperkenalkan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pencarian maklumat di pusat sumber. Terdapat satu sudut televisyen di dalam pusat sumber yang membolehkan pelajar menonton saluran-saluran pendidikan di ASTRO seperti Discovery Channel, Animal Planet, dan National Geographic sebagai wadah ilmu pengetahuan umum.


Rombongan kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan ke dua buah meja di dalam Dewan Putra Perdana. Dua orang pengawas telah duduk bersama kami di setiap meja. Mereka merupakan exco tertinggi badan pengawas sekolah.

Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Sekolah Sultan Alam Shah, Encik Syahir Yassin Bin Yusoff telah memberi ucapan Alu-Aluan kepada pihak rombongan diikuti dengan ucapan balas daripada wakil pengetua Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Encik Awang Kok Omar Bin Awang Taib. Kemudian, kami menonton tayangan yang memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang Sekolah Sultan Alam Shah dan kebitaraannya iaitu; Additional Mathematics, Ragbi, English, dan Wind Ochestra.


Lawatan kami diteruskan ke sekitar kawasan sekolah. Kami telah dibawa ke Bilik Add Maths, Bilik English, dan Galeri Alam Syah. Galeri Alam Shah menyimpan segala sejarah sekolah sejak awal penubuhan lagi. Sekolah ini sememangnya terkenal di seluruh Malaysia bukan sahaja sebagai sekolah Sekolah Premier bahkan memegang 4 lagi gelaran iaitu Sekolah Showcase, Sekolah Bestari Malaysia, Sekolah Beasrama Penuh dan kini sebagai salah sebuah Sekolah Kluster di Malaysia.


Pada pukul 12.00 tengah hari, kami sekali lagi dibawa ke Dewan Putra Perdana untuk makan tengah hari. Kami telah dihiburkan dengan persembahan Wind Ochestra yang merupakan salah satu kebitaraan Sekolah Sultan Alam Shah. Persembahan yang begitu mengasyikkan itu sangat mengagumkan setiap ahli rombongan.

Suatu sesi bergambar telah diadakan di hadapan Dewan Putra Perdana sebelum berangkat ke Destinasi yang seterusnya iaitu Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

0 comments:

Followers