THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Lawatan Ke Sekolah Methodist Boy School

Sekitar jam 10.45, rombongan tiba di perkarangan sekolah Methodist Boy School. Persekitaran sekolahnya yang agak sederhana, namun cukup mengagumkan sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke sekolah ini. Pengaplikasian ICT di setiap sudut sekolah ini sangat mengagumkan.Kehadiran kami disambut sendiri oleh pengetua sekolah ini. Walaupun sambutan agak ringkas namun cara sambutan cukup tersendiri dan jarang dilihat di sekolah-sekolah lain.

Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat. Tuan pengetua telah memperkenalkan kami kepada kami system pentadbiran yang telah digunakan di sekolah mereka. Sungguh mengagumkan apabila beliau memberitahu setiap sudut di sekolah dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup. Setiap kemasukan pelajar ke bilik-bilik komputer, perpustakaan dan bilik guru perlu diakses oleh kad pelajar dan kad kakitangan untuk membolehkan pihak sekolah mengesan segala pergerakan keluar masuk pelajar. Pengaplikasian ICT ini cukup mengagumkan.

Rombongan kami dibawa ke seluruh sekolah untuk melihat sendiri sistem yang telah diperkenalkan. Para pelajar telah dibawa ke bilik komputer, bilik guru, perpustakaan, bilik gerakan pengawas sebelum bergerak ke kantin sekolah untuk makan tengah hari.

Lawatan kali cukup memuaskan hati setiap ahli rombongan. Suatu pendekatan dan pengenalan baru kepada kami serta memberi suatu pengalaman yang sukar dicari di mana-mana.

0 comments:

Followers