THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Lawatan Ke Universiti Malaya

Setelah melawat Methodist Boys School, kami bertolak ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (FSKTM). Kami disambut dengan mesra oleh pensyarah-pensyarah fakulti dan seterusnya dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat fakulti.

Dalam ucapan alu-aluan, kami diberitahu serba sedikit mengenai fakulti ini serta latar belakang universiti. Kami juga didedahkan dengan program-program pengajian yang disediakan oleh universiti ini. Antara kursus pengajian yang ditawarkan ialah Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.Pelajar-pelajar dilengkapi ilmu untuk diguna pakai dalam alam pekerjaan.


Selepas ucapan tersebut, ketua rombongan memberi ucapan balas. Setelah itu, kami dijamukan dengan kuih-muih dan dibawa melawat ke sekeliling kampus bagi melihat prasarana IT yang disediakan oleh kampus. Teknologi yang digunakan lebih kompleks berbanding dengan teknologi yang digunakan oleh sekolah kami.
Terdapat komputer yang dikhaskan untuk kursus rangkaian dan ada yang dikhaskan untuk multimedia. Teknologi yang digunakan untuk pengawalan penggunaan komputer di bilik server juga terkini dan lebih besar kapasitinya untuk mengurus satu kampus. Selain itu, pelajar juga diberi kemudahan IT yang tidak terhad ketika pengajian.

Setelah selesai dengan lawatan, kami pula bersalaman dan berterima kasih sebelum bertolak balik ke penginapan. Kami mendapati bahawa teknologi yang digunakan di sekolah kini mempunyai banyak perbezaan dengan teknologi yang digunakan di universiti-universiti. Lebih banyak fungsi yang spesifik dapat dilaksanakan dan memenuhi kehendak kurikulum pengajian tinggi dalam sesuatu subjek dengan teknologi berbeza.

0 comments:

Followers