Pada hari Jumaat, 20 Februari 2009 merupakan hari terakhir sesi lawatan rasmi rombongan briged bestari Kolej DPAH Abdillah. Destinasi kami pada hari ini ialah Victoria Institute, salah sebuah sekolah lelaki yang terkenal di semenanjung Malaysia lebih-lebih lagi dengan pasukan pancaragamnya.
Seawal jam 8.00 pagi kami telah tiba di Victoria Institute yang terletak di kota raya Kuala Lumpur. Kehadiran kami disambut oleh pasukan pancaragam pihak sekolah yang terkenal di peringkat antarabangsa. Pihak kami cukup berbesar hati dapat mendengar alunan muzik daripada instrumen pasukan pancaragam berkenaan sepanjang perjalanan ke Bilik Mesyuarat.
Pengetua sekolah berkenaan telah memberi ucapan alu-aluan kepada pihak rombongan kami diikuti ucapan penolong kanan pentadbiran kokurikulum dan penolong kanan hal ehwal murid. Pihak Victoria Institute telah memperkenalkan kebitaraan sekolah mereka iaitu Pasukan Pancaragam Sekolah, sukan polo air, English drama dan sains. Kami jugu turut menonton video pancaragam pasukan sekolah di Monza, Italy. Pencapaian sekolah mereka di peringkat antarabangsa cukup mengagumkan. Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Kolej DPAH Abdillah turut memberi ucapan balas dan bertukar cenderamata tanda penghargaan atas lawatan tersebut.
Ketua Pengawas Victoria Institute, telah membawa rombongan kami melawat ke sekitar sekolah pada hari tersebut. Seperti sekolah Sultan Alam Syah, VI, turut mempunyai galeri mereka yang tersendiri. V.I juga merupakan salah sebuah sekolah premier di Malaysia. Selepas melawat ke Galeri Victoria Institute, kami dibawa melihat ke kolam renang yang terdapat di sekolah mereka sebelum sesi bergambar di hadapan sekolah.
0 comments:
Post a Comment