Sesi lawatan Niche ICT di Kuala Lumpur diteruskan pada hari yang berikutnya iaitu Khamis, 19 Februari 2009 di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Universiti Multimedia atau Multimedia University turut dikenali sebagai MMU. Sekitar jam 9.30, pihak rombongan kami tiba ke destinasi. Kami telah disambut oleh salah seorang pegawai dari MMU dan seterusnya dibawa ke dalam bilik kuliah.
Taklimat berkenaan universiti tersebut dan peluang kerjaya telah diberikan oleh salah seorang pensyarah MMU. Taklimat ringkas itu berakhir kira-kira jam 10.40 pagi dan kami telah dibawa melawat ke sekitar universiti. Microsoft Net. Lab merupakan salah satu lokasi lawatan. Pihak MMU menerima sumbangan daripada pihak Microsoft sendiri dalam bentuk software. MMU merupakan salah satu universiti antarabangsa yang menempatkan pelajar dari seluruh dunia. Bill Gates pernah melawat ke MMU pada 13 September 2000 dan menandatangani plat penghargaan di Microsogt Net. Lab. Seterusnya, kami dibawa Game Room di mana para pelajar yang berminat membuat game diajar membuat game. Kami juga turut dibawa melawat ke Perpustakaan Siti Hasmah yang dinamakan sempena nama Dr. Siti Hasmah yang merupakan Chancellor di Universiti Multimedia.
Makan tengah hari turut disediakan oleh pihak MDEC. Selepas makan tengah hari, kami sempat mengambil gambar di pintu masuk MDEC sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.
0 comments:
Post a Comment